BENGKEL CUKAI 2022
BENGKEL CUKAI 2022 yang dianjurkan oleh Bioeconomy Corporation akan diadakan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Antara pengisian Bengkel Cukai 2022:-
1. Kemudahan Cukai Jualan (Sales Tax Facilities) yang disediakan bagi membantu pengilang berdaftar untuk mengurangkan kos perniagaan mereka. Sesi ini dirangka untuk berkongsi maklumat secara praktikal mengenai proses dan prosedur untuk memohon pengecualian cukai jualan, potongan cukai jualan, skim khas yang ditawarkan, bayaran balik dan pulangan balik cukai jualan.
2. Pengetahuan tentang Cukai Syarikat (Corporate Tax) bagi memahami undang-undang dan amalan cukai di Malaysia yang perlu dipatuhi. Bengkel ini dirangka untuk menghuraikan konsep dan prinsip cukai syarikat serta memastikan syarikat dapat melengkapkan penyata cukai syarikat.
3. Cukai Pegangan (Withholding Tax) bagi memperkenalkan cukai pegangan, mengupas lanjut tentang jenis-jenis pembayaran kepada bukan pemastautin yang dikenakan cukai pegangan serta prosedur pentadbiran yang perlu dipatuhi.
4. Transfer Pricing (“TP”) dan analisis penanda aras adalah amat penting bagi membuktikan transaksi yang “arm’s length” di samping menjelaskan tentang pelarasan cukai semasa audit. Dalam bengkel ini, pihak LHDN akan berkongsi tentang pengalaman mereka dalam audit dan penyiasatan TP.
Dapatkan maklumat terus daripada pihak JKDM dan LHDN secara maya. Anda boleh berada di mana-mana untuk bersama-sama menyertai kami dalam Bengkel Cukai 2022!
Sila daftar melalui pautan DI SINI, sebelum atau pada 10 Ogos 2022.
Kami akan menawarkan diskaun sebanyak 20%, sekiranya tuan/puan mendaftar sebelum 5 Ogos 2022.Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bengkel Cukai 2022, sila hubungi Puan Norazamiah Ahmad (Amy) di talian: 03-8893 4271 atau emel: norazamiah.ahmad@