Latest Events and Happenings

commercialisation_year2014

MOSTI Commercialisation Year 2014

Melalui pemupukan budaya inovasi dan kreativiti sejak Dekad Inovasi dilancarkan, banyak produk dan teknologi baru telah dicipta. Pasaran baru produk akan terus mengubah gaya hidup kita dimasa depan.Negara-negara jiran juga telah membuktikan inovasi dan kreativiti membantu melonjakkan GDP negara sehingga mencapai 40 peratus.

Komitmen kerajaan Malaysia dalam inovasi dibuktikan melalui pemberian dana untuk Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan (R,D&C). Sebanyak RM3.87B telah dibelanjakan dalam RMK9 dan bagi RMK10 pula setakat ini adalah RM831.4juta. MOSTI bertekad untuk memaksimumkan pulangan pelaburan kerajaan dalam R,D&C.

Tahun Pengkomersilan MOSTI 2014 (MCY2014) dengan tema STI for Wealth Creation adalah inisiatif bagi menyediakan peluang seluasnya kepada teknopreneur mengkomersilkan hasil R&D mereka.

Antara objektif MCY2014 adalah:

a. Mensasarkan sekurang-kurangnya 60 produk R&D untuk dikomersilkan.

b. Menyediakan satu platform pengkomersilan komprehensif meliputi aktiviti-aktiviti seperti penambahbaikan dan pembangunan produk yang mematuhi piawaian dan ujian klinikal dengan kebolehpasaran yang tinggi;dan

c. Menangani isu-isu pengkomersilan seperti low product uptaking termasuk mempromosi produk tempatan untuk digunapakai oleh kerajaan.

Share the Post

Contact Us

We would like to hear from you. Please use this form below to contact us

Your Name (required)

Your Email (required)

Subject

Your Message

captcha