Community Connect by Bioeconomy Corporation

bioeconomy-corporation-community-connect-4-sessions

Community Connect by Bioeconomy Corporation

Produk apa yang boleh dibuat dengan madu kelulut?

Apa cerita status cendawan di Malaysia?

Macam mana nak buat iklan guna handphone?

Resipi apa yang menarik tapi sihat?

Nak tahu jawapan semua ni? Jom, dengar secara LIVE melalui Community Connect by Bioeconomy Corporation!

Community Connect by Bioeconomy Corporation diperkenalkan untuk memberikan solusi alternatif kepada masyarakat bagi meningkatkan kualiti hidup terutamanya kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan. Program ini menyediakan platform kepada komuniti yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan, memulakan perniagaan dan ingin merasai pengalaman berinteraksi secara langsung dengan usahawan berjaya dari pelbagai industri dan latar belakang. Program ini dilaksanakan secara konsep bual bicara santai atas alian (online) melalui Google Meet yang memudahkan lagi interaksi antara para usahawan dan komuniti untuk berkongsi pengalaman.

Melalui program ini, para peserta termasuklah komuniti B40 (pesara, ibu tunggal, penganggur dan belia), komuniti perniagaan baru (start-up) dan pelajar sekolah di luar bandar akan mendapat manfaat perkongsian ilmu pengetahuan dan pengetahuan teknikal, mengembangkan peluang perniagaan, serta membina jaringan hubungan yang lebih luas mengenai potensi idea penyelidikan yang boleh dikomersialkan dari universiti tempatan..

Antara objektif program Community Connect ini adalah:

a. Membangunkan komuniti untuk menjadi usahawan dan meningkatkan mobiliti sosial

b. Mengukuhkan jalinan kerjasama dan perpaduan di kalangan komuniti setempat

c. Memberi peluang kepada komuniti untuk belajar dan berkongsi ilmu pengetahuan mengenai produk-produk halal, kemahiran pemasaran melalui perniagaan e-dagang (e-commerce) dan media sosial yang memberi impak pada perniagaan baru (start-up)

d. Peluang menjana pendapatan tambahan

e. Memberi kesedaran dan menanamkan minat terhadap sains dan teknologi serta penerapannya dalam aktiviti pertanian di kalangan pelajar sekolah

KLIK DI SINI  untuk mendapatkan slot anda SECARA PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut, sila emelkan kepada: bnp@bioeconomycorporation.my

/ Events and Happenings

Share the Post

Contact Us

We would like to hear from you. Please use this form below to contact us

Your Name (required)

Your Email (required)

Subject

Your Message

captcha