Community Connect By Bioeconomy Corporation

COMM CONNECT POSTER-01

Community Connect By Bioeconomy Corporation

Community Connect by Bioeconomy Corporation diperkenalkan untuk memberi alternatif kepada masyarakat bagi meningkatkan kualiti hidup terutamanya kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan. Program ini menyediakan platform kepada komuniti yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan, memulakan perniagaan dan ingin merasai pengalaman berinteraksi secara langsung dengan usahawan berjaya dari pelbagai industri dan latar belakang. Program ini dilaksanakan secara konsep bual bicara santai atas talian (online) melalui Google Meet atau Zoom yang memudahkan lagi interaksi antara para usahawan dan komuniti untuk berkongsi pengalaman.

Melalui program ini, para peserta akan mendapat manfaat perkongsian ilmu pengetahuan, mengembangkan peluang perniagaan dan memperluaskan jaringan hubungan antara satu sama lain. Program ini juga akan memperkenalkan kepada komuniti B40 (pesara, ibu tunggal, penganggur dan belia), komuniti perniagaan baru (start-up) dan pelajar sekolah di luar bandar mengenai potensi idea penyelidikan dari universiti tempatan yang boleh dikomersialkan dan membekalkan mereka dengan pengetahuan teknikal.

Antara objektif program Community Connect ini adalah:

a. Membangunkan komuniti untuk menjadi usahawan dan meningkatkan mobiliti sosial

b. Mengukuhkan jalinan kerjasama dan perpaduan di kalangan komuniti setempat

c. Memberi peluang kepada komuniti untuk belajar dan berkongsi ilmu pengetahuan mengenai produk-produk halal, kemahiran pemasaran melalui perniagaan e-dagang (e-commerce) dan media sosial yang memberi impak pada perniagaan baru (start-up)

d. Memberi peluang menjana pendapatan tambahan

e. Memberi kesedaran dan menanamkan minat terhadap sains dan teknologi serta penerapannya dalam aktiviti pertanian di kalangan pelajar sekolah

KLIK DI SINI untuk mendapatkan slot anda SECARA PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut, sila emelkan kepada: bnp@bioeconomycorporation.my

/ Events and Happenings

Share the Post

Contact Us

We would like to hear from you. Please use this form below to contact us

Your Name (required)

Your Email (required)

Subject

Your Message

captcha