Persidangan & Pameran Pengkomersilan MOSTI 2014 (MCCE 2014)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menganjurkan Bengkel dan Pertandingan Kreativiti & Artistik Sempena Persidangan & Pameran Pengkomersilan MOSTI 2014 (MCCE 2014) bermula dari 13 sehingga 15 Ogos 2014 bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Pelaksanaan program ini adalah sebahagian daripada program yang dirancang sempena Tahun Pengkomersilan MOSTI 2014 (MCY 2014) yang telah dilancarkan pada bulan Januari yang lalu. Langkah ini merupakan salah satu daripada inisiatif bagi menggiatkan pengkomersilan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan para penyelidik dan pencipta inovasi yang terdiri daripada penerima dana MOSTI dan agensi dibawahnya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Urusetia MCCE
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi,
Aras 3, Blok C4, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62662 Putrajaya
Tel : 03 8885 8000 ext 8351/8246/8518
Fax : 03 8888 5969
Emel : sekretariatmcy@mosti.gov.my
Website:http://www.mosti.gov.my