Adakah anda bersedia untuk melonjakkan perniagaan dalam industri bioekonomi yang pesat membangun?
Inilah masanya untuk merebut peluang bersama Bioeconomy Corporation, agensi peneraju pembangunan industri bio di Malaysia. Di bawah mandat Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0), Bioeconomy Corporation bukan sahaja melaksanakan pelbagai inisiatif strategik dalam bioekonomi, malah berperanan sebagai pusat sehenti bagi syarikat-syarikat tempatan yang memerlukan sokongan, khidmat nasihat, insentif dan kemudahan untuk menembusi pasaran serta mengembangkan perniagaan.
Berikutan kejayaan siri Jelajah Bioekonomi 2024 yang telah dilaksanakan di enam negeri tahun lalu, Bioeconomy Corporation meneruskan penganjuran siri Jelajah Bioekonomi 2025 sebagai kesinambungan usaha untuk memperluas capaian dan kesedaran terhadap Program Bio-Based Accelerator (BBA) dan Status BioNexus.
Antara pengisian utama adalah penerangan mengenai program BBA, faedah dan kelebihan Status BioNexus, serta insentif fiskal dan bukan fiskal yang ditawarkan, termasuk pelbagai program lain di bawah Bioeconomy Corporation yang menyokong pertumbuhan syarikat-syarikat berasaskan bio dan bioteknologi.
Melalui siri seminar ini, golongan perusahaan mikro, kecil dan sederhana dijangka akan lebih memahami potensi bioteknologi dalam memperkasa perniagaan masing-masing serta mendapat akses kepada pelbagai perkhidmatan, insentif dan peluang pembiayaan yang tersedia dalam ekosistem bioekonomi.
Berikut adalah tarikh dan lokasi bagi Jelajah Bioekonomi 2025:
No. | Jelajah Bioekonomi | Proposed date |
1 | Kelantan | 29 Mei 2025 (Khamis) |
2 | Sabah | 20 Ogos 2025 (Rabu) |
3 | Penang | 10 September 2025 (Rabu) |
4 | Johor | 18 September 2025 (Khamis) |
5 | Kuala Lumpur | 9 Oktober 2025 (Khamis) |
6 | Sarawak | 29 Mei 2025 (Khamis) |
Penyertaan adalah PERCUMA dan tempat adalah terhad.
Untuk mendaftar atau maklumat lanjut, sila emel ke bba@bioeconomycorporation.my