Corporate

Investment

Entrepreneur Development

Funding

Talent Development

Bioeconomy Corporation merupakan agensi peneraju bagi industri berasaskan bio di Malaysia. Berdasarkan mandat dari Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0), Bioeconomy Corporation bertanggungjawab bagi pelaksanaan inisiatif bioekonomi dan bertindak sebagai pusat rujukan utama dalam memberikan sokongan, kemudahan dan khidmat nasihat untuk syarikat-syarikat berasaskan bio di Malaysia.

Dalam usaha merangsangkan pertumbuhan industri berasaskan bio, Bioeconomy Corporation akan menganjurkan seminar mengenai program BBA dan Status BioNexus tahun ini. Antara perkara yang akan dibentangkan adalah termasuk program BBA, Status BioNexus, insentif fiskal dan bukan fiskal seperti insentif pengecualian cukai pendapatan selama 10 tahun dan juga program-program lain yang ditawarkan oleh Bioeconomy Corporation.

Bioeconomy Corporation berharap menerusi seminar ini, golongan SMI dan SME akan lebih memahami peranan dan potensi bioteknologi dalam perkembangan syarikat masing-masing, juga insentif, perkhidmatan, dan kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh Bioeconomy Corporation untuk memperkasakan industri berasaskan bio.

Berikut adalah butiran untuk seminar tersebut

2 March 2024 Sabah
7 May 2024 Penang
16 May 2024 Johor
11 June 2024 Terengganu
18 July 2024 Kuala Lumpur

Untuk menyertai seminar secara PERCUMA, sila emel suhaila.othman@bioeconomycorporation.my